Pages

little mom-to-be

''hope that 1 day this blog will inspired somebody''

Monday, March 29, 2010

diariku....little mom-to-be

DIARIKU LITTLE MOM-TO-BE

26 MEI 2007

ALHAMDULILLAH DENGAN SEKALI LAFAZ AKU TELAH BERGELAR ISTERI ….KEPADANYA KU PANJAT KESYUKURAN KERANA DIKURNIAKAN SUAMI YANG SANGAT SEMPURNA BUAT KU….KELUARGA MERTUA CUBA AKU KENALI PERLAHAN-LAHAN. SYUKUR MEREKA MENERIMA KEHADIRAN AKU.CUMA MUNGKIN AKU SEDIKIT KEKOK BILA BERADA DENGAN ‘KELUARGA BARU”

TAHUN 2007

BERMULALAH EPISOD AKU MENJADI SEORANG ISTERI. KAMI MENYEWA DI PUNCAK JALIL. SYUKUR LAGI SEBAB DAPAT TEMPAT TINGGAL YANG SANGAT2 SELESA TAPI AGAK JAUH DARI TEMPAT KERJA KU….NEKAD UNTUK CUBA JADI ISTERI YANG BAIK, CUBA MASAK UNTUK SUAMI, TAPI TAK BERJAYA KONSISTEN SEBAB SELALU LETIH DEK AKIBAT LEWAT BALIK DARI TEMPAT KERJA….

PAGI, SEAWAL 6.30 WAJIB AKU KELUAR UNTUK KE TEMPAT KERJA, BALIK PULA, 6.00 PM BARU AKU SAMPAI, ITU KIRA PALING AWAL . PALING DASYAT, PERNAH AKU SAMPAI RUMAH 9.30 MALAM. ADUH, TUHAN JER TAU, PENATNYA, DENGAN KERETA MANUAL YANG SEMAKIN SEMPOT.JALAN KL YANG TAK PERNAH TAK JEM….TAPI BETAPANYA AKU NI KUFUR NIKMAT, SELALU MERENGUS DENGAN NIKMAT YANG TELAH DIA BERIKAN……

DISEMBER 2007

MULA RASA RISAU DENGAN DIRI SENDIRI, SEBAB MASIH TAKDER PERUBAHAN PADA DIRI….KAWAN-KAWAN LAIN DAH DAPAT ANAK SORANG, KAHWIN JER TERUS LEKAT…AKU? NTAH, BILA LAGI YE….MASA NI AKU DAH START RISAU SIKIT-SIKIT.TAPI RAMAI YANG NASIHAT MASIH AWAL LAGI. BELUM CUKUP SETAHUN BERKAHWIN. TAPI CUBA DIORANG DEKAT TEMPAT AKU. AGAKNYA, DAPAT SABAR KE TIDAK?

AKU BUAT APPOINTMENT DENGAN DOKTOR KAT KLINIK AZ-ZAHRAH….DOKTOR TANYA MACAM-MACAM HISTORY PADA AKU…DOKTOR SCAN, TGK RAHIM , DIA KATA OK…THEN DIA BUAT PAP SMEAR KAT AKU…NASIB MASA TU AKU TAK TAU MACAM MANA PAP SMEAR TU, KALAU TAK, TOBAT TAK MAU BUAT LAGI….SAKIT JUGAK, DOC GUNA SPEKULUM (MCM FORSEP) UNTUK LUASKAN BUKAAN SERVIK, THEN AMIK SIKIT CONTOH TISU SERVIK AKU, UNTUK UJI SAMADA NORMAL ATAU ADA JANGKITAN KE TAK? ITU BARU SIKIT….MASIH PANJANG LAGI PERJALANAN HIDUP AKU….

MEI 2008

GENAP SETAHUN AKU BERKAHWIN. KAMI SAMBUT BERDUA DEKAT MENARA YANG PALING TINGGI KAT KL NI, MENARA KUALA LUMPUR…ALHAMDULILLAH, ADA REZEKI SIKIT BULAN TU, KALAU TAK, KAMI MAKAN KAT WARUNG2 TEPI JALAN JERLAH….TAPI RASA ADA SESUATU YANG KURANG PADA KAMI…”ANAK”..YA ALLAH ALANGKAH BAHAGIANYA KALAU KALI INI, ANNIVERSARY DISAMBUT DENGAN BABY….TAPI MASIH LAGI TAK MENUNJUKKAN HASIL….

TAHUN 2008

AKU BEKERJA MACAM BIASA. CUBA UNTUK MENYIBUKKAN DIRI, CUBA TAK PIKIR TENTANG MASALAH UNTUK DAPATKAN BABY…BABY, BABY, BABY…MEMANG MINAT AKU SUKA MELAYAN BABY@BUDAK-BUDAK KECIK..TAPI REZEKI MASIH LAGI TAK BERPIHAK PADA AKU DAN SUAMI……

AKU MULA RASA TERTEKAN.KAWAN-KAWAN KAT OFFICE ASYIK BERTANYA “BILA LAGI NAK DAPAT BABY”…KALAULAH BABY TU AKU BLEH BUAT MACAM ABC, DH LAMA AKU BUAT….SEKSANYA.INILAH PERASAAN SEORANG PEREMPUAN. MUNGKIN ORANG LELAKI KURANG MERASA STRESS, SEBAB BUKAN MEREKA YANG MENGANDUNG. DAN, ORANG SEKELILING PUN TAKKAN TANYA PADA SUAMI PULAK…SO SAPA YANG RASA TERTEKAN?AKU JUGAK…SUAMI AKU SELALU NASIHAT, MEMBERI KATA SEMANGAT…TAPI JAUH DI LUBUK HATI AKU, MENYATAKAN BAHAWA, KAUM ADAM MEMANG SUSAH UNTUK MEMAHAMI, SEBAB MEREKA TAK BERADA DI TEMPAT KAUM HAWA…..YANG AKAN MENGANDUNG DAN MELAHIRKAN….

MMM, BILA DATANG ‘BULAN’ AKU MULA BUAT PERANGAI….MERAJUK DENGAN SUAMI, DAN ASYIK MENANGIS…KEPADANYA JUA AKU BERMOHON…TAPI AKU RASA, MUNGKIN NI HUKUMAN TUHAN ATAS KESILAPAN DAN DOSA-DOSA YANG TELAH AKU LAKUKAN SEBELUM-SEBELUM NI…. YA ALLAH AMPUNKAN DOSA KU, KADANG-KADANG AKU MENYALAHKAN TAKDIR…ASTAGHFIRULLAH DOSANYA AKU…SIAPA YANG AKU SALAHKAN? TAKDIR? SIAPA YANG MENENTUKAN TAKDIR? BUKAN KE ALLAH? BERDOSANYA AKU….AKU KUFUR NIKMAT..AKU LUPA, AKAN NIKMAT-NIKMAT LAIN YANG TELAH ALLAH BERIKAN PADA AKU..NIKMAT SUAMI YANG SEMPURNA, KELUARGA BAHAGIA, MAKAN-MINUM-TEMPAT TINGGAL YANG CUKUP DAN SELESA…AKU LUPA SEMUA TU…AMPUNKAN DOSA KU YA ALLAH…

AKU HAMBA MU YANG SANGAT HINA DAN LEMAH…SERINGKALI AKU INGAT, DAN SERINGKALI JUA AKU LUPA…..

TAHUN 2009

PEJAM CELIK, PEJAM CELIK RASA MACAM BARU JER BERGELAR ISTERI, TAPI DAH HAMPIR 2 TAHUN…..KEHIDUPAN AKU TERUSKAN MACAM BIASA…TAPI RASA SANGAT TIDAK SEGAR..MANA TAKNYA, HARI BEKERJA, BADAN DAH LETIH, HARI MINGGU, ASYIK BANGUN LEWAT SEBAB NAK ‘QADA’ TIDUR YANG TAK PUAS MASA HARI KERJA….TERUK SUNGGUH..AKU JADI SEPERTI MANUSIA BIASA YANG LAIN…BANGUN-KERJA-BALIK-TIDO…SEMUANYA BIASA….PADAHAL ALLAH BERIKAN KUDRAT UNTUK MANUSIA GUNAKAN SEOPTIMUM YANG MUNGKIN….TAPI AKU PUJI SUAMI AKU…SELALU INGATKAN AKU, YANG TANGGUNGJAWAB DIA SANGAT BESAR. PADA KELUARGA, JEMAAH, TEMPAT KERJA….AKU? ASYIK2 PIKIR MASALAH AKU SENDIRI…KALAU BOLEH, MEMANG AKU RASA NAK JERIT JER…AKU TERTEKAN DENGAN DIRI AKU SENDIRI. BERKALI-KALI SUAMI, AKAK, HAFIZ, MAK & ABAH BAGI KATA SEMANGAT…DAN BERSANGKA BAIK PADA ALLAH…AKU ANGGUK, TAPI DALAM MASA YANG SAMA AKU MENANGIS…..

MAC-APRIL 2009

AKU NEKAD UNTUK PERGI LPPKN (NAMA PANJANG DIA AKU TAK INGAT)1ST DAY PERIOD BULAN MAC, AKU TEPON LPPKN UNTUK BUAT APPOINTMENT…NURSE BAGI TARIKH UNTUK 1ST VISIT. DITEMANI SUAMI , KAMI PERGI BUAT CHECK UP…KALI NI, AKU KENA LAGI..ADUH SEKSA SUNGGUH SEORANG PEREMPUAN. KENA CUCUK UNTUK AMIK DARAH UNTUK TAHU ARAS HORMON DALAM BADAN. SUAMI? KENA BUAT SPERM COUNT.SAKIT? TAKLAH SAKIT, SEBAB TAK KENA CUCUK DENGAN JARUM PUN….AKU NGADU DENGAN SUAMI, BUKAN MUDAH JADI SEORANG PEREMPUAN.SUAMI PULAK JAWAB, MEMANG BETUL, TAPI TANGGUNGJAWAB ORANG LELAKI LAGI BESAR. AKU SENYUM JER, MACAM BIASA, TAPI SENYUM YANG DIBUAT-BUAT, SEBAB MASIH LAGI ADA SISA-SISA BAKI YANG TAK PUAS HATI DENGAN STATEMENT SUAMI TU.ARGH!!!, DIORANG TAK BERADA DEKAT TEMPAT AKU, MEMANG TAKKAN PAHAM… HAMPIR TERLUPA, UNTUK TERUSKAN PROSEDUR DI LPPKN, AKU KENA CHECK DULU SAMADA RAHIM & TIUB FALLOPIO AKU CLEAR ATAU TERSUMBAT. NAMA KAEDAH TU, HSG…BERDEBAR JUGAK AKU…NASIB ADA INTERNET, AKU PUN SURF DEKAT GOOGLE…ADUH-ADUH, MENITIK AIR MATA AKU BILA BACA TESTIMONIAL DARI ORANG YANG PERNAH BUAT…AKU TRY HUBUNGI KAWAN AKU, FIR…DIA PUN PERNAH BUAT HSG NI…AKU TANYA DIA MACAM MANA PROSEDUR TU…DENGAN PANJANG LEBAR DIA CERITA KAT AKU….NAK TAU MACAM MANA? LAGI SATU SEKSAAN TERPAKSA AKU TEMPUHI UNTUK MENJADI SEORANG INSAN BERGELAR IBU….

HARI TU, AKU TAK MINTA CUTI SEBAB, PETANG AKU ADA SESI AMALI. KESIAN JUGA PADA STUDENT, LAGIPUN, AKU TAK BAGITAU PADA COLLEGUE AKU.MALAS, NANTI KECOH SATU ALAM…JADI AKU DENGAN SUAMI BERTOLAK KE TAWAKAL.APPOINTMENT PUKUL 9…AKU DIMINTA MASUK KE BILIK PERSALINAN PAKAIAN. AKU KENA TUKAR PAKAI BAJU MACAM ORANG SAKIT..LEPAS TU, AKU DIMINTA BARING ATAS SATU MESIN X-RAY…HAMPIR SEJAM, AKU DIBIARKAN.LAMA JUGAK. TUHAN JER TAHU, BERAPA KALI AKU MENGUCAP 2 KALIMAH SYAHADAH. DAN DAH BERAPA KALI AKU SELAWAT…MASA YANG AKU NANTIKAN TIBA…SORANG DOKTOR PEREMPUAN DATANG KAT AKU UNTUK MULAKAN PROSEDUR….

BANYAK BETUL PERALATAN YANG DOKTOR KELUARKAN. RASA MACAM BASIKAL ROSAK YANG TENGAH NAK DIPERBAIKI PULAK. THEN, DOKTOR SURUH AKU BUAT POSISI MACAM BERSALIN DAN TARIK NAFAS PANJANG-PANJANG..DOKTOR KATA, DIA NAK MASUKKAN ‘DYE’ DALAM RAHIM & TIUB FALLOPIO AKU…AKU ANGGUK TAPI MASIH LAGI TAKUT

AKU NAMPAK SATU PERALATAN YANG MEMANG SANGAT FAMILIAR…SPEKULUM….DOKTOR AMIK SPEKULUM UNTUK MEMBERI BUKAAN YANG LUAS PADA ‘XYXFX’ AKU…SAKITNYA, KALI NI LAGI SAKIT DARI PAP SMEAR…..LEPAS TU, DOKTOR AMIK SATU BESI YANG PANJANG YANG DISAMBUNG DENGAN TIUB HALUS UNTUK SUNTIK DYE PADA AKU…DOKTOR KATA, MASA DIA MASUKKAN DYE, AKU AKAN RASA NYILU SIKIT….ADUH2, MEMANG SAKIT, AKU CUBA PEJAM MATA, TAPI DOKTOR SURUH AKU BUKAK MATA TAKUT-TAKUT AKU PENGSAN…. YA ALLAH, SAKITNYA, KENAPA SUKAR BETUL PERJALANAN HIDUP AKU UNTUK MENJADI SEORANG IBU…AMPUNKAN DOSA KU YA ALLAH… DALAM 10 MINIT PROSEDUR SIAP….DOKTOR SURUH AKU REST DULU.THEN, DALAM 10 MINIT DOKTOR BAGI AKU KELUAR…AKU AMIK RESULT X-RAY TU DAN BAWAK KELUAR JUMPA SUAMI…SUAMI?SENYUM SAHAJA TENGOK AKU…BERAIR MATA AKU CERITA DEKAT DIA. WALAUPUN DIA TAK RASA SAKIT YANG AKU ALAMI, TAPI AKU TAHU DIA PAHAM…CUMA DIA TAK RASA APA YANG AKU RASA….

LEPAS 1ST VISIT, AKU KENA DATANG LAGI UNTUK AMIK DARAH.KALI INI KENA DATANG HARI KE-21 LEPAS TEMPOH PERIOD, UNTUK TAHU KANDUNGAN HORMON YANG MEMBANTU KEMATANGAN SAIZ OVUM (TELUR) AKU.TAK INGAT APA NAMA HORMON TU.NAMA JER, BELAJAR BIDANG SAINS, TAPI TAK PERNAH AMIK KISAH…

THEN AKU DATANG LPPKN UNTUK 3RD VISIT. KALI NI, BARU DAPAT JUMPA DOKTOR. APPOINMENT KENA SET BILA 1ST DAY PERIOD UNTUK NEXT CYLE…AKU DAPAT DOKTOR LELAKI. DOKTOR GHAFAR…ADUHAI, MEMANG MASALAH…MALULAH KALAU DAPAT DOKTOR LELAKI. TAPI AKU KUATKAN JERLAH SEMANGAT, SEBAB MASA TIME MENUNGGU, AKU ADA BORAK DENGAN SORANG PESAKIT NI. DIA PUJI DOKTOR GHAFAR. SO, AKU TERIMA JERLAH DENGAN REDHA. VISIT KALI NI, DOKTOR BERI PENERANGAN PASAL KESIHATAN KAMI SUAMI ISTERI…KEDUA-DUA KAMI OK, CUMA ADA SIKIT2 MASALAH , DOKTOR SARANKAN KAMI BUAT IUI UNTUK MEMBANTU MEMPERCEPATKAN PROSES MENGANDUNG. ADUH, KALAU BOLEH AKU NAK BABY LEKAT DENGAN CARA SEMULAJADI, BUKAN MANUSIA YANG ATURKAN….TAPI, AKU TAK DAPAT MENOLAK TAKDIR, AKHIRNYA AKU SETUJU UNTUK BUAT IUI…HAMPIR TERLUPA, RESULT X-RAY MENGESAHKAN AKU NORMAL, MAKSUDNYA TIADA BLOCKAGE DALAM RAHIM DAN TIUB FALLOPIO..SYUKUR

DOKTOR TERUS KELUARKAN PRESKRIPSI KAT AKU… SEBELUM BALIK, NURSE BERI PENERANGAN TERLEBIH DAHULU… WAH, KENA LAGI AKU NI…UBAT YANG DIBERI PADA AKU MESTILAH DISUNTIK KAT BAHAGIAN BAWAH PUSAT SELANG SEHARI.UBAT TU UNTUK MEMATANGKAN OVUM (TELUR) AKU….SUAMI? TAKPERLU MAKAN SEBARANG UBAT, SO DIA TAK PERLU KENA CUCUK MACAM AKU..KALI NI, AKU LAGI YANG SAKIT..YA ALLAH, INI LAGI DUGAAN YANG TERPAKSA AKU TANGGUNG…

SEBELUM BUAT PROSEDUR IUI, DOKTOR MINTA AKU JUMPA DIA UNTUK SCAN TELUR. PAGI TU AKU DATANG UNTUK JUMPA DOKTOR..SCAN TELUR?PADA MULANYA AKU TAK TAU MACAMANA PROSEDUR SCAN TELUR…JADI, AKU DENGAN TENANG MASUK JUMPA DOKTOR…AKU MINTA SUAMI TEMAN MASUK SEKALI.TAPI, DOKTOR TAK BAGI. AKU PUN TAK TAU APA SEBABNYA…RUPANYA, SCAN TELUR TU DIBUAT DENGAN MEMASUKKAN ALAT SCANNER KE DALAM PINTU ‘XXYX’ AKU…AKU MACAM NAK MENJERIT…CUKUP-CUKUPLAH, AKU TAK SANGGUP LAGI DIBUAT MACAM BESI BURUK…..TAPI, AKU TAK BOLEH LARI, AKU KENA JUGAK LALUI.ATAS SEBAB KEINGINAN YANG MENDALAM UNTUK MENJADI SEORANG IBU..BARULAH SEMPURNA SEORANG ISTERI KALAU DAPAT MELAHIRKAN ANAK SENDIRI…..AKU REDHA YA ALLAH….

DOKTOR KATA, PROSEDUR IUI AKAN DITERUSKAN KALAU ADA 4 TELUR YANG MATANG DALAM OVARI…TAPI YANG MATANG HANYA 1…DOKTOR BAGI AKU UBAT UNTUK MATANGKAN LAGI TELUR, MAKSUDNYA AKU KENA INJECT LAGI SELANG 2 HARI KAT BAHAGIAN BAWAH PUSAT AKU…..SAKIT LAGI…SUAMI?SUAMI TOLONG INJECTKAN SAJA……

LEPAS TU, AKU KENA DATANG LAGI UNTUK SCAN TELUR ….JADI BESI BURUK LAGI AKU NI….ALHAMDULILLAH, DOKTOR KATA TELUR AKU DAH MATANG, THEN 1 APRIL AKU BLEH BUAT IUI…SYUKUR…. TAPI MACAMANA PROSEDUR IUI TU?

SEKALI LAGI AKU RUJUK PADA INTERNET….MMM, DOKTOR AKAN MASUKKAN SPERMA SUAMI TERUS KE DALAM TIUB FALLOPIO AKU.TAPI MACAMANA?.....AKU REDHA. AKU TAU PROSEDUR IUI MEMANG MENYAKITKAN BERDASARKAN HASIL KAJIAN AKU MELALUI INTERNET. KEPADA MAK, AKU MOHON DOAKAN AKU..AKU HARAP PROSEDUR IUI INI BERJAYA DAN AKU SANGAT TERUJA UNTUK BERGELAR IBU@UMI....

HARI YANG AKU NANTIKAN AKAN TIBA. MALAM SEBELUM IUI, AKU KENA SUNTIK DENGAN UBAT UNTUK MENGELUARKAN TELUR DARI OVARI. INJECT LAGI!!! PAGI TU AKU BANGUN AWAL, AKU MENGAJI DAN AKU MOHON ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN AKU…

KAMI SAMPAI SEBELUM 8 PAGI..SAMBIL TUNGGU GILIRAN AKU BORAK DENGAN ORANG SEBELAH AKU.RUPANYA DIA PUN AKAN BUAT IUI MACAM AKU…DOKTOR KAMI, DOKTOR YANG SAMA. SERONOK DAPAT BERBORAK DENGAN DIA, SUHAILA….BORAK DENGAN ORANG YANG SENASIB MEMANG MELEGAKAN AKU.RUPANYA BUKAN AKU SEORANG, RAMAI LAGI YANG BERMASALAH MACAM AKU…

SUAMI DIMINTA MENGELUARKAN SPERMA…SAKIT? MANA SAKIT? TAK PERLU DIINJECT, HANYA PERLU KELUARKAN SPERMA SAHAJA..PROSEDUR? TAKPERLULAH AKU TERANGKAN….

NAMA AKU DAN SUHAILA DIPANGGIL BERTURUT.KAMI PANDANG MEMANDANG…RUPANYA, BILIK TU BESAR DAN MEMUATKAN BANYAK KATIL YANG DIPISAHKAN DENGAN BEBERAPA TIRAI…

ADA 4 ORANG YANG AKAN BUAT IUI PAGI TU TERMASUK AKU. DAN AKU ADALAH ORANG YANG KEDUA. PERASAAN TU, HANYA ALLAH YANG TAHU….AKU DIMINTA BERBARING PADA POSISI SEPERTI SELALU (MACAM ORANG NAK BERSALIN)THEN MENTOL DISULUH PADA ‘XGXX’ AKU…MALUNYA.MALU SANGAT.SEBAB DOKTOR LELAKI YANG AKAN BUAT PROSEDUR TU…AKU TAK RELA. SAKIT…SAKIT SANGAT…SAKIT YA ALLAH.AKU MENANGIS DALAM HATI…AKU BERDOA MOGA-MOGA SUAMI-SUAMI DI LUAR SANA MENGHARGAI ISTERI MASING-MASING.KESUSAHAN, KESAKITAN DAN KEPAYAHAN YANG TERPAKSA KAUM HAWA TANGGUNG…ALLAH AMPUNKAN DOSA KU

SYUKUR PROSEDUR AMBIL MASA LEBIH KURANG 10 MINIT…SEKEJAP TAPI SAKIT…DOKTOR PESAN KALAU 23 APRIL AKU TAK DATANG PERIOD, MAKSUDNYA MUNGKIN AKU POSITIF PREGNANT….DENGAN SUHAILA, AKU KERAP BERHUBUNG.MASING-MASING BERDEBAR TUNGGU TARIKH TU…..

TAPI, NASIB TAK MENYEBELAHI AKU….18 HB AKU DATANG PERIOD. YA ALLAH DUGAAN APALAGI YANG TERPAKSA AKU TANGGUNG…AKU MENANGIS. PADA SUAMI AKU MENANGIS…SUAMI TURUT SEDIH. MUNGKIN DIA PAHAM AKAN KESUSAHAN YANG AKU ALAMI.TAPI DIA TAK RASA SAKIT MACAM AKU RASA…..ALLAH BERATNYA DUGAAN MU. TAPI AKU REDHA MUNGKIN INI HUKUMAN MU ATAS KESILAPAN AKU YANG LEPAS…AMPUNKAN DOSA KU YA ALLAH…

AKU CUBA BEKERJA DAN HIDUP SEPERTI BIASA…….

MEI 2009

TAHUN KEDUA AKU BERGELAR ISTERI. KALI NI KAMI SAMBUT DI MANA YA? MEMANG AKU TERLUPA, PADA SUAMI AKU RUJUK…MMM, DI KELANTAN, NASIB SUAMI MASIH INGAT…KALI NI JAUH PERJALANAN KAMI…KOTA BHARU…SUAMI KEBETULAN OUTSTATION KAT NEGERI CIK SITI WAN KEMBANG TU, JADI AKU PERGI LEWAT SIKIT..MALAM TU AKU BERLEPAS DENGAN AIRASIA KE KOTA BHARU…FIRST TIME NAIK AIRASIA..SUAMI MENANTI AKU KAT AIRPORT…TAPI, HARAP-HARAP ADALAH BUNGA, MMM…TANGAN SUAMI KOSONG, MUNGKIN DALAM KERETA AGAKNYA, PIKIR AKU…SANGKAAN MELESET, BUNGA TAK ADA, TAPI YANG ADA ADALAH DONUT ‘BIG APPLE’….BOLEH LE…DARIPADA TAKDER…ANNIVERSARY TAHUN NI, TAK MACAM DULU, KALI NI, KAMI MAKAN KAT KEDAI WARUNG TOMYAM YANG ‘MANIS BETUL’, SEBAB SUAMI TAK SEMPAT BOOKING RESTAURANT MASAKAN CHINESE MUSLIM TU…PERGI2 JE, RESTAURAN DAH PENUH…SEDIH JUGAK TAPI NAK BUAT MACAM MANA. MUNGKIN TAK ADA REZEKI KAMI BULAN TU….TAPI TAK SESEDIH MASA AKU GAGAL IUI…..

PENGHUJUNG 2009

OKTOBER 2009

AKU CUBA HUBUNGI RAKAN DI TEMPAT KERJA LAMA. DENGAR2 DIA DAH PREGNANT SELEPAS 5 TAHUN MENUNGGU…RUPANYA DIA GUNAKAN PRODUK BIODEX.DIA NASIHAT AKU CUBA…PETANG TU BALIK DARI OFFICE AKU AJAK SUAMI PERGI GIANT KINRARA….KAMI BELI SET BIODEX UNTUK SUAMI-ISTERI..TAPI TAK DAPAT CONSULTATION DARI PENJUAL KEDAI TU…SEBAB MEREKA HANYA ‘MENJUAL’…MENJUAL UNTUK KEUNTUNGAN SEMATA-MATA….AKU MAKAN MENGIKUT ARAHAN YANG TERTULIS PADA KOTAK….TAPI AKU PERIOD LAGI….KALI NI, AKU TAK BERPUTUS ASA, AKU KERAP RUJUK FORUM WANITA MELAYU…DAN AKHIRNYA AKU JUMPA DENGAN DISTRIBUTOR BIODEX YANG ‘BERNIAGA’ BUKAN SEMATA KEUNTUNGAN, TAPI ATAS TIKET UNTUK MEMBANTU KAUM HAWA YANG BERMASALAH MACAM AKU NI….

AKU SETUJU UNTUK MEMBELI BIODEX SECARA ONLINE….KALI NI LAGI UNTUNG.DAPAT 20% DISKAUN DENGAN CONSULTATION PERCUMA!!!!

1 DISEMBER 2009 AKU PERLU KE SARAWAK ATAS URUSAN KERJA. DI SANA, AKU MENDAPAT NASIHAT DARI SEORANG RAKAN. DIA BANYAK MEMBERI AKU PETUA DAN TIPS..BALIK DARI SARAWAK AKU AMALKAN APA YANG DIAJARKAN DITAMBAH DENGAN PEMAKANAN BIODEX …KALI NI AKU SANGAT DISIPLIN. TAK PERNAH TINGGAL WAUPUN SEHARI MAKAN BIODEX….

KEBIASAANNYA AKU AKAN PERIOD 22 HARIBULAN..TAPI, BULAN TU AKU MASIH LAGI TAK PERIOD….TAPI TAK ADA SEBARANG PERUBAHAN PUN….CUMA ADA RASA TAK SELESA PADA PERUT AKU.RASA SENAK MACAM NAK PERIOD….

JANUARI 2010

1 JANUARI, BALIK DARI PENDAFTARAN PELAJAR BARU…AKU INGAT LAGI. HARI TU HARI JUMAAT…AKU DAH LEWAT 9 HARI PERIOD.TAPI AKU HANYA MENDIAMKAN DIRI.TAKUT-TAKUT APA YANG AKU HARAPKAN TAK KESAMPAIAN…TENGAHARI TU, KAMI MAKAN DI KEDAI MAMAK BERHAMPIRAN RUMAH…MASA TENGAH MAKAN, TIBA-TIBA SUAMI AKU MENYUARAKAN PERTANYAAN YANG DAH LAMA AKU TUNGGU….’AWAK TAKNAK CHECK PREGNANCY KE?

AKU HANYA TERSENYUM DAN MENJAWAB, TAKUT NAK TEST, BIMBANG NANTI TAK DAPAT KEPUTUSAN YANG AKU HARAPKAN. TAPI DALAM MASA YANG SAMA AKU MEMANG TERUJA UNTUK BUAT UPT…

KAMI AKHIRNYA SETUJU KE GIANT KINRARA UNTUK MEMBELI PREGNANCY KIT. SEPANJANG PERJALANAN PERUT AKU RASA TAK SELESA.ARGH, MUNGKIN KE AKU TAK SEMPAT NAK CHECK UPT, PERIOD AKU DATANG? SAMPAI RUMAH, KAMI BERSIAP SEDIA UNTUK SOLAT ASAR. AKU SEMBUNYI2 AMBIL PREGNANCY TEST BAWAK MASUK DALAM TOILET…DAN……AKHIRNYA…YA ALLAH AKU BERSYUKUR PADA MU…UPT TEST MENUNJUKKAN DOUBLE LINE.MAKSUDNYA AKU POSITIF PREGNANT…AKU MENANGIS SEORANG DALAM TOILET…..PERLAHAN2 AKU KELUAR BAWA BERSAMA STRIP UPT TU KE ARAH SUAMI YANG SEDANG MENUNGGU UNTUK SOLAT JEMAAH BERSAMA…..

AKU TUNJUK STRIP TU PADA SUAMI SAMBIL MENANGIS…TAPI AKU TENGOK SUAMI MACAM KEBINGUNGAN…RUPANYA DIA CONFIUS APA MAKSUD DOUBLE LINE TU. SUAMI INGAT AKU MENANGIS SEBAB KEPUTUSAN NEGATIF…TAPI AKU TERUS PELUK SUAMI, BAGITAU PADA DIA YANG AKU POSITIF PREGNANT…

SUAMI TURUT MENANGIS. SOLAT ASAR PETANG TU, AKU RASA SANGAT NIKMAT. KAMI MENANGIS, MENANGIS TANDA KESYUKURAN…ALLAH SYUKUR ATAS NIKMAT MU YA ALLAH….MALAM TU, KAMI PERGI KLINIK BERHAMPIRAN RUMAH UNTUK BUAT KEPASTIAN.ALHAMDULILLAH AKU SAH PREGNANT. KEPADA KELUARGA, KAWAN-KAWAN DAN STUDENT AKU KABARKAN BERITA GEMBIRA NI. SEMUA ORANG GEMBIRA. REZEKI TAHUN BARU KATA MEREKA

3 JANUARI AKU KENA HANDLE AKTIVITI MINGGU ORIENTASI BERSAMA RAKAN-RAKAN YANG LAIN. PAGI TU TERPAKSA BERJALAN JAUH, BAWA STUDENT MELAWAT KELILING HOSPITAL KUALA LUMPUR. PERUT AKU RASA TAK SELESA. AKU PERGI KE TOILET. YA ALLAH ADA SIKIT BLEEDING.. AKU RISAU, AKU TELEFON SUAMI MINTA DIA DATANG DAN BAWA AKU KE KLINIK AN-NUR BANGI….

DOC SCAN RAHIM AKU…SYUKUR, AKU DAPAT LIHAT BABY AKU. KECIK SANGAT, SEBESAR BIJI GULI, BULAT. MASA TU DOC BAGITAU KANDUNGAN AKU DAH 4 MINGGU DAN TIADA SEBARANG MASALAH SEBAB BLEEDING AKU SIKIT. DOC BAGI AKU MC 2 HARI SUH REHAT BANYAK2…

SEPANJANG AWAL KEHAMILAN, AKU JARANG LOYA MACAM ORANG LAIN…CUMA RASA LETIH JE BILA BALIK DARI KERJA..

27 JANUARI AKU AMBIL TIME OFF UNTUK BUAT CHECK UP DAN BUKAK BUKU REKOD MENGANDUNG. APPOINMENT AKU DENGAN KLINIK AN-NUR BANGI PUKUL 2.30. SUAMI DATANG AMBIL AKU PUKUL 1 KAT UMAH SEBAB HARI TU, DIA TAK DAPAT CUTI. KAMI SINGGAH DI MASJID BANGI UNTUK BERSOLAT ZOHOR. PENUH RUANG KLINIK AN-NUR TU. AKU PILIH UNTUK JUMPA DR. K…. AKU DAPAT TAHU DARI KAWAN YANG DOKTOR NI SANGAT BAIK DAN BEST… PUKUL 4.30 NAMA AKU DIPANGGIL. LEGA, SESUDAH PENAT MENUNGGU

INI 1ST VISIT AKU UNTUK BUAT FULL CHECK UP MENGANDUNG. DOKTOR TANYA HISTORY AKU, TARIKH PERIOD AKU YANG LEPAS, DAN DOKTOR KATA KANDUNGAN AKU DAH 9 MINGGU. AKU DIJANGKA BERSALIN AKHIR BULAN 8…GEMBIRANYA AKU…

DOKTOR MINTA AKU BERBARING UNTUK SCAN. TENGAH-TENGAH SCAN, AKU TENGOK AIR MUKA DOKTOR BERUBAH. AKU TANYA KENAPA. DOKTOR JAWAB, DIA TAK NAMPAK HEART BEAT BABY AKU… YA ALLAH DUGAAN APAKAH INI? KEPADA DR.F, AKU DIRUJUK UNTUK SCAN LAGI SKALI. KALI NI, AKU DI SCAN DARI BAWAH. NYILUNYA….

RASA MACAM NAK GUGUR JANTUNG AKU, BILA DR.K DAN DR.F MENERANGKAN PADA AKU..AIR MATA AKU MENGALIR…AKU MENANGIS TERESAK-ESAK. AKU DAH TAK RASA MALU LAGI, DEPAN DOKTOR AKU MENANGIS….

MENURUT DOKTOR, BABY AKU SUDAH BERHENTI DEVELOP SEJAK KANDUNGAN 7 MINGGU LAGI. ADA BEBERAPA KEMUNGKINAN PENYEBABNYA. AKU DAH TAKNAK DENGAR LAGI. DOKTOR NASIHAT AKU BUAT D&C (CUCI RAHIM) UNTUK KELUARKAN JANIN….SEPANJANG PERJALANAN AKU MENANGIS…KEPADA MAK DAN RAJES (SAHABAT BAIK ) AKU KABARKAN BERITA SEDIH INI, AKU MERAUNG SEPUAS-PUASNYA….BERKALI-KALI MAK MINTA AKU BERSABAR…TAPI AKU TAK BOLEH. HANYA ALLAH YANG TAHU BERTAPA SUKARNYA AKU NAK TEMPUHI SEMUA INI. SETELAH HAMPIR 3 TAHUN AKU MENANTI. ‘DIA’ SAMPAIKAN BERITA GEMBIRA PADA AKU. TAPI DALAM SEKELIP MATA, ‘DIA’ AMBIL KEMBALI….SUAMI TURUT SEDIH. AKU TAHU DIA KECEWA…..

KEESOKAN HARINYA, AKU CUBA TELEFON KAWAN KU, FIR YANG BERKERJA SEBAGAI DOKTOR DI HOSPITAL SUNGAI BULOH. JAWAPAN DIA SUNGGUH MELEGAKAN AKU. MUNGKIN ADA LAGI HARAPAN UNTUK AKU…FIR MINTA AKU TUNGGU 2 MINGGU LAGI UNTUK SCAN SEKALI LAGI.SEBAB AKU TAK ADA BLEEDING DAN LANGSUNG TAK RASA SAKIT.BESAR KEMUNGKINAN, JANTUNG BABY AKU MASIH LEMAH DAN TIDAK DAPAT DILIHAT TEMPOH HARI…AKU BERDOA, BERSOLAT HAJAT DAN SEGALANYA AKU LAKUKAN…

AKU MENGHITUNG HARI. …APPOINMENT DENGAN FIR 11 FEBUARI.AKU CUBA KURANGKAN BERJALAN DAN MEMBUAT KERJA-KERJA BERAT.TAPI 10 FEBUARI, DALAM PERJALAN KE OFFICE, PERUT AKU RASA TAK SELESA. RASA MACAM NAK PERIOD. SAMPAI DI OFFICE, AKU CHECK, ADA BLEEDING SIKIT, TAPI KALI NI LAGI BANYAK BERBANDING DULU. AKU CUBA MINTA PANDANGAN RAKAN PEJABAT. MEREKA MENASIHATI AKU PERGI KE HKL. DITEMANI RAKAN AKU KE HKL. RASA BERDEBAR-DEBAR SANGAT. MAHA SUCI ALLAH, LEBIH MENGETAHUI APA YANG AKU RASA, AKU HUBUNGI SUAMI. DIA BERGEGAS KE HKL DAN KAMI BERTEMU DI SANA….

AKU DI BAWA KE ARAS 1. SAMA ARAS DENGAN WAD BERSALIN. ADUH, SERONOKNYA AKU DAPAT DENGAR SUARA BABY MENANGIS…YA ALLAH, BERILAH AKU PELUANG UNTUK MERASAI NIKMAT MENGANDUNG DAN MELAHIRKAN…

KALI INI, AKU BERJUMPA DENGAN DOKTOR PEREMPUAN. SYUKUR. DOKTOR BERTANYA KEPADA KU BEBERAPA SOALAN. KEMUDIAN, AKU DIMINTA UNTUK BERBARING (SEPERTI ORANG BERSALIN)…DAN…..KALI INI, AKU NAMPAK ALAT YANG SAMA YANG SANGAT-SANGAT AKU FAMILIAR..SPEKULUM…ALLAH, APA LAGI YANG AKU PERLU HADAPI…SAKITNYA…..DOKTOR KATA, BLEEDING NI TAK TERUK. AKU CUBA RAHSIAKAN DIAGNOSIS YANG TELAH DIBUAT OLEH DOKTOR K TEMPOH HARI. AKU TAK MAHU, DOKTOR NI TERIKUT-IKUT DENGAN HASIL KEPUTUSAN DOKTOR K….

AKU DIMINTA TUNGGU SEBENTAR, UNTUK DI SCAN OLEH DOKTOR PAKAR O&G. SUAMI BERKALI-KALI MEMEGANG TANGANKU. LEGA SIKIT BEBAN DI KEPALA….10 MINIT KEMUDIAN PAKAR TERSEBUT DATANG.AKU DIMINTA BERBARING UNTUK DI SCAN….AKU MASIH BERDOA DAN TERUS MENGHARAP….

APA YANG AKU JANGKAKAN AKHIRNYA BERLAKU JUGA. BERAT RASANYA UNTUK AKU TERIMA KENYATAAN INI. DOKTOR PAKAR MEMBERIKAN JAWAPAN YANG SAMA DENGAN DOKTOR K….TAPI KALI INI, AKU LEBIH TABAH. AKU CUBA UNTUK TIDAK MENANGIS….DOKTOR MEMINTA AKU UNTUK MEMBUAT PILIHAN SAMADA MEMBUAT D&C ATAU MENUNGGU SEHINGGA BABY KU KELUAR SENDIRI SECARA NORMAL…AKU MEMILIH UNTUK MENUNGGU DAHULU, MOGA-MOGA BABY KU KELUAR SENDIRI. AKU TIDAK MAHU DIPERLAKUKAN SEPERTI BESI BURUK LAGI. DAN YANG PASTINYA, BIAR AKU RASA SAKITNYA, BILA BABY KU KELUAR SENDIRI….AKU REDHA YA ALLAH..AKU REDHA…AMPUNKAN DOSA KU YA ALLAH…….

ALLAH, BESAR SUNGGUH DUGAAN MU..TAPI AKU TAHU, SEMUA INI ADA HIKMAH DISEBALIKNYA, WALAUPUN BUKAN SEKARANG…

MALAM TU, AKU BUKA LAPTOP DAN MULA MENAIP DIARI INI. PENDARAHAN MAKIN BANYAK. DAN PUKUL 9 LEBIH, AKU MULA RASA SAKIT. RASA SEPERTI MULA PERIOD….AKU DIAMKAN DIRI DAN TERUS MENAIP…PUKUL 11 MALAM, SAKITKU MAKIN KERAP. AKU MINTA SUAMI MENYAPU MINYAK PADA PERUT DAN KAKI …AKU TERLENA SEKETIKA..TAPI PERUTKU SEMAKIN SAKIT…ADUH, TAK PERNAH AKU RASA SESAKIT INI. RASA MACAM DIPULAS DAN TULANG BELAKANG KU TURUT RASA SAKIT…SAKIT INI DATANG DAN HILANG.AKU TERINGAT CERITA-CERITA DARIPADA KAWAN-KAWAN.AGAKNYA, INILAH SAKIT SEPERTI ORANG YANG HENDAK BERSALIN…SAKIT SANGAT….SUAMI MASIH LENA DITEPI.AKU CUBA UNTUK MENAHAN SAKIT. KESIAN UNTUK KEJUTKAN SUAMI. AKU AMBIL MINYAK ANGIN DAN AKU SAPU PADA PERUTKU…

ALLAH AMPUNKAN DOSA KU…TAK TAHAN RASANYA…MALAM TU HUJAN TURUN LEBAT.SELEBAT AIR MATA AKU. KATA ORANG, ANTARA DOA YANG DIMAKBULKAN ADALAH DOA SEMASA HUJAN LEBAT..AKU BERDOA MOGA BABY KU KELUAR SEMPURNA. AKU TAK MAHU D&C. AKU TAKNAK BABY KU MERASA SAKIT, WALAUPUN DIA SUDAH TIDAK ADA NYAWA…..

PUKUL 2 PAGI, SAKITKU MENJADI-JADI…AKU KEJUT SUAMI MINTA TEMAN AKU KE TANDAS.AKU TAKUT PENGSAN NANTI..SUAMI PAPAH AKU KE TANDAS.SUAMI USAP KEPALA KU.DIA MINTA AKU BERSABAR…

SEMASA DI TANDAS, AKU NAMPAK ADA SEKETUL DARAH YANG BESAR KELUAR….YA ALLAH INIKAH BABY AKU….AKU AMBIL DAN LETAKKAN DI DALAM BEKAS. DOKTOR PESAN, SIMPAN JIKA ADA KETULAN DARAH YANG KELUAR….TAPI AKU MASIH LAGI MERASA SAKIT….

SUAMI PAPAH AKU KE RUANG TAMU. RASA MACAM NAK BERGULING JE, MENAHAN SAKIT…SEKEJAP DATANG, SEKEJAP HILANG RASA SAKIT…SUDAH BERKALI-KALI JUGA AKU KE TANDAS…ENTAH KALI YANG KE BERAPA AKU KE TANDAS, AKU LIHAT ADA LAGI KETULAN YANG KELUAR. KALI INI LEBIH KECIL DAN BERWARNA KEKUNINGAN…MUNGKIN INI SAKI BAKI TADI….

ADUH, TAPI MASIH LAGI PERUT KU SAKIT…JAM MENUNJUKKAN PUKUL 4 PAGI. SUAMI MEMINTA AKU BEREHAT DI BILIK. TAPI AKU TAK MAMPU UNTUK BERBARING. AKU CUMA DUDUK DI TEPI TILAM….PADA SUAMI, AKU MEMOHON AMPUN DARINYA…AKU MENGUCAP 2 KALIMAH SYAHADAH, AKU SELAWAT, AKU BERISTIFAR BERKALI-KALI….SAKITNYA, ALLAH AMPUNILAH DOSAKU…MOGA-MOGA DOSAKU TERAMPUN SEBAGAIMANA DOSA IBU YANG MELAHIRKAN…..

TIBA-TIBA AKU RASA SESUATU YANG PANAS KELUAR….AKU MINTA SUAMI PAPAH KE TANDAS…ALLAHUAKBAR…BESARNYA…KALI INI, BESAR SANGAT KETULAN YANG KELUAR…SEBESAR SATU GENGGAM TANGAN…AKU NAMPAK BENTUK BULAT DAN ADA SEDIKIT SEL-SEL PADA KETULAN TERSEBUT….ALLAH, MUNGKIN INILAH BABY(JANIN) KU….AKU AMBIL DAN AKU SIMPAN DALAM BEKAS TADI…

BARULAH AKU RASA LEGA.PERUTKU SUDAH TAK RASA SAKIT LAGI..ALLAH BESARNYA KUASA MU….JAM MENUNJUKKAN 5 PAGI. RUPANYA SUDAH 8 JAM AKU MENANGGUNG SAKIT. SUAMI MEMBAWA AKU KE HOSPITAL KUALA LUMPUR….AKU DIPERIKSA LAGI OLEH DOKTOR YANG SAMA AKU TEMUI SIANG TADI. PROSEDURNYA SAMA SEPERTI SELALU…SAKIT..TAPI SAKIT LAGI, MASA PERUT KU MEMULAS TADI…DOKTOR SCAN DAN ALHAMDULILLAH., AKU TAK PERLU MELAKUKAN D&C SEBAB JANIN KU KELUAR LENGKAP…SYUKUR..AKU DIBERI REHAT SELAMA SEMINGGU DAN MULALAH KEHIDUPAN AKU BERPANTANG.. BUKAN BERPANTANG SEBAB BERSALIN..TP BERPANTANG DISEBABKAN GUGUR….

ALLAH YA RABBI.MUNGKIN SEMUA INI TELAH ENGKAU TENTUKAN. SUPAYA AKU LEBIH BERSYUKUR DAN MENDEKATKAN DIRIKU KEPADA MU….AKU REDHA. TAPI AKU MOHON AGAR AKU DIBERI LAGI PELUANG UNTUK MENGANDUNG DAN MELAHIRKAN ANAK YANG SOLEH & SOLEHAH SERTA CUKUP SIFAT SEMPURNA KEJADIANNYA…BILAKAH AKU AKAN MERASAI NIKMAT ITU?AKU AKAN TERUS BERDOA YA ALLAH…AKU TIDAK AKAN PUTUS ASA....MOGA KISAHKU INI MENJADI TELADAN UNTUK ANAK-ANAK KU NANTI DAN MEREKA YANG LAIN…BUKAN MUDAH UNTUK MENJADI SEORANG IBU…..

-10 HARI DALAM TEMPOH BERPANTANG-

A-LITTLE MOM-TO-BE SOON….

24 FEBUARI 2010

22 comments:

  1. sabarlah..sedih jg membaca cerita saudari ini.sy pon mengalami nasib yg sama.

    ReplyDelete
  2. yes u inspired me sis. turut sedih gak. besar pengorbanan seorang wanita untuk anugerah bergelar cahaya mata

    ReplyDelete
  3. sedihnya baca cite awk ni...sabar yer

    ReplyDelete
  4. sedeh baca citer shidah ni. walaupun sy baru 5 bln kawin but i know how u feel sbb org keliling mmg dok ckp je bila kita tak dpt anak lg. kdg2terpikir, diorg ni takde perasaan ke?

    ReplyDelete
  5. salam
    menitis air mate sy bila bace kisah awk...sy mengalami nasib yg same..tp sy hanya menunggu 3 bln untuk pregnant tp janin terhenti membesar mase 5 mggu..dan sekarang sudah 2 thn menunggu untuk mengandung semula masih juga tak berjaya...
    moga kita same2 tabah dlm mengharungi dugaan ini

    ReplyDelete
  6. dear shidah,
    I experienced the same miscarriage as you did after 1 year married. Tapi i opted for dnc untuk keluarkan janin tuh.
    And 1 year after that, I decided untuk pegi gynea check sbb lambat sangat nak pregnant sedangkan kawan2 yang baru kawen dah pregnant. Doc kata, takde pape.
    Then, my mom suggested I pegi berurut. So, i did. Bidan tu kata rahim I dah terlalu turun hampir nak terlipat sedikit.
    Miracle happened, lepas urut sebulan lepas tu, I di sahkan pregnant.

    may be you should try pegi berurut ke apa. Yang penting jangan mengalah. Be strong! InsyaAllah ada rezeki nanti.

    ReplyDelete
  7. salam..

    Sungguh menyentuh perasaan entri ni. Siapa yg tak pernah alami situasi kehilangan(gugur) pasti tak dapat selam apa yang disampaikan. Semoga dengan musibah keguguran yang kita alami, terhapuslah semua dosa2 kita..InsyaAllah, pasti ada yang lebih baik untuk kita semua.. Aminn...

    ReplyDelete
  8. Salam,

    Ngalir air mata saya baca n3 ni, semoga awak banyakkan bersabar dan tabah. InsyaAllah semoga kita dikurniakan zuriat.

    ReplyDelete
  9. I am crying, and still crying reading this entry. Semoga saya pun tabah macam Shidah. Also TTC, 2 years marriage and yet, no sign of pregnancy. Also on Biodex now.

    ReplyDelete
  10. Assalam,

    saya faham apa yg anda lalui..sebab semua yg awak lakukan pun saya lakukan jugak..except u r luckier than me sbb berpeluang menjadi ibu walaupun hanya beberapa minggu..saya smpai sekarang tiada apa2 hasil..tapi mcm awak kata, mungkin Allah sedang menguji kita..atau menghapuskan dosa2 kita..agar kita muhasabah diri..be strong ok..

    ReplyDelete
  11. hai mama...mcm mana skrg ni?saya sungguh terharu membaca kisah anda...skrg 16.4.2012...

    ReplyDelete
  12. sya sedih mendengar crta awak .. tapi sya ada knal stu tmpat perubtan tradisional utk psngan yang lmbat dpat anak ni, dekat BENTA,PAHANG .

    ReplyDelete
  13. simpati dan sedih dengan cerita awak..tapi awak lagi yang merasa dan terasa betapa siksanya dengan keadaan awak. Banyakkan bersabar..kuatkan semangat...melalui pengalam sebagai jururawat, berurut menaikkan peranakan atau rahim salah satu cara yang membantu untuk mengandung. Rakan baik sy sendiri mengalami keguguran sebanyak 5 kali dan telah dibuang tiub fallopio sebelah kiri...namun akhirnya dia berjaya mengandung kali ke 6 dapat bayi perempuan...tapi tiub sebelah kanan pun terpaksa di potong di sebabkan oleh masalah ketumbuhan...awak kena lebih bersemangat...selain cara moden cuba la cara tradisional k....

    ReplyDelete
  14. My lecturer after 15 years baru dapat anak. Allah sentiasa bersama dengan orang2 yang sabar. Sabar banyak2 sis. Maybe ada hikmah :)

    ReplyDelete
  15. Try this product :)

    http://mommyiskandar.com/blog/

    ReplyDelete
  16. Try baca ni :)

    http://selamattinggal.blogspot.com/2011/10/kesetiaan-juga-pengorbanan.html

    ReplyDelete
  17. sy nangis2 bc entri ni..sy baru blk az zahrah , sy dah mkn clomid 2 cycle yg paling sedih telur sy x matang2 juga..sedihnya dlm perjalanan drive kete smbil nangis2...jeles tgk org lain cpt dpt baby tp siapa la sy tuk menidakkn takdir..sy dah kahwin hmpir 2 tahun..blum pernah merasa nikmat mengandung .klu nk diikutkan hati , mcm nk gila dah..tp hanya org yg mengalami mcm ni je dpt merasakan sakitnya..ya allah ya tuhan ku bantu la kami yg begitu menginginkan zuriat, jgn la kau biarkan kami sendiri tanpa zuriat .sesungguhnya kau maha mendengar maha mengasihani..Amin...

    ReplyDelete
  18. Akk juga mengalami perkara yg sama...umur akk dah 40 tahun dan akk kini redha sahaja.. akk nasihatkan adik teruskan berusaha..berdoa dan bertawakal...in shaa Allah kalau mmg sudah rezeki kita akan dikurniakan olehNya untuk kita..

    ReplyDelete
  19. Sedihku baca sama2 doa kita dpt anak nanti be strong

    ReplyDelete
  20. syukur dengan nikmat zuriat..
    yang penting jangan mengalah dan terus berusaha sehingga berjaya.

    saya juga turut berkongsi psl tiub fallopio tersumbat ni.

    Tiub Fallopio Tersumbat? Jangan Risau, Anda Masih Boleh Hamil. | Diari Mama

    ReplyDelete